Berita bertemu

Warga emas jaga cucu OKU terima bantuan kewangan daripada PM

Mar 4, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,4 Mac- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas,dikenali Mazanah Hashim,yang menjaga cucu orang kurang upaya (OKU) di Permatang Pasir,Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di Facebook Perdana Menteri,sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Ahmad Farzan Fauzi.

"Di kesempatan yang ada,saya menyampaikan bantuan kewangan daripada Perdana Menteri bagi meringankan beban sekeluarga. Namun,usaha ini tidak terhenti di sini.

"Insya-Allah,melalui kerjasama Zakat Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),bantuan susulan akan terus disampaikan bagi memastikan beliau keluar daripada kemiskinan tegar dengan segera.

"Saya berharap dengan ikhtiar ini,Puan Mazanah dan keluarganya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik,tanpa lagi dihimpit kesusahan. Semoga masa depan mereka lebih terjamin dan dipermudahkan segala urusan," katanya.