Berita bertemu

Niaga hadapan fFBM KLCI kekal rendah pada dagangan tengah hari

Feb 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,14 Februari - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan tengah hari.

Pada waktu rehat tengah hari,kontrak Februari 2025 merosot 4.5 mata kepada 1,594.5,Mac 2025 menurun 5.5 mata kepada 1,573.0,Jun 2025 menyusut empat mata kepada 1,579.0 dan September 2025 turun tiga mata kepada 1,567.5.

Jumlah dagangan berada pada 2,809 lot,dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,872 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menyusut 1.36 mata kepada 1,590.92 berbanding 1,592.28 ketika ditutup pada Khamis. - BERNAMA