Berita bertemu

Wanita, bayi dikandung maut akibat nahas di Kluang

Feb 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Polis Daerah Kluang

KLUANG,10 Februari- Seorang wanita hamil meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,Kluang,semalam,selepas terlibat dalam nahas di Lorong Mohd Salim Satu,Kampung Melayu,kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang,ACP Bahrin Mohd Noh berkata,ketika kejadian,mangsa berumur 32 tahun dan memandu kereta bersama rakannya dari Kampung Melayu ke Bandar Kluang.

"Setibanya di lokasi kejadian,kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok pagar sebuah rumah.

"Wanita tersebut mengalami kecederaan dalaman di perut dan dada,manakala rakannya cedera ringan di lengan kiri serta dahi kanan.

"Semasa menerima rawatan di hospital,bayi dalam kandungan mangsa yang berusia 35 minggu disahkan meninggal dunia.

"Ibu bayi berkenaan pula,meninggal dunia pada pukul 2.00 petang pada keesokannya,akibat kecederaan dalaman," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.