Berita bertemu

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

Feb 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KUALA LUMPUR,7 Februari - Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai RM1.9 trilion iaitu melonjak 4.6 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi kenyataan berkata,pertumbuhan nilai jualan sektor itu disokong oleh subsektor makanan minuman dan tembakau.

Sementara itu,subsektor peralatan elektrik dan elektronik dan produk mineral bukan logam,logam asas dan produk logam yang direka turut menyumbang kepada pertumbuhan jualan sektor pembuatan.

Nilai jualan industri beorientasikan eksport juga terus bekembang pada Disember 2024.

Pengembangan ini dipacu oleh peningkatan dalam industri pembuatan komputer,produk elektronik dan optikal.

Industri berorientasikan domestik juga bertambah baik pada Disember 2024 yang disumbangkan antaranya peningkatan dalam industri pembuatan produk pemprosesan makanan,pembuatan produk logam kecuali mesin dan kelengkapan.