Berita bertemu

Baucar Buku MADANI wajar diteruskan, diperluas - Fadhlina

Jan 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Fadhlina Sidek/RTM

SIMPANG AMPAT,17 Januari- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan agar inisiatif Baucar Buku MADANI yang mencatat penembusan 100% tahun lalu diteruskan dan diperluaskan pada tahun ini termasuk kepada guru sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kementerian bersama Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

"Melalui Perbadanan Buku Malaysia,kita berharap inisiatif ini bukan sahaja diteruskan,malah ditambah baik bagi tahun ini. Komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan budaya membaca amat ketara dan rakyat Malaysia telah memanfaatkan baucar ini sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasek di sini hari ini.

Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan terhadap usaha itu dan berharap ia dapat dipertingkatkan demi manfaat rakyat.

Pada majlis tersebut,cek cura bantuan persekolahan bernilai lebih RM33 juta diserahkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa serta memastikan kelengkapan pendidikan yang mencukupi untuk pelajar khususnya di negeri itu.