Berita bertemu

23 cedera, bas langgar belakang lori kontena

Jan 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

23 penumpang cedera,manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan/Foto Bomba

NIBONG TEBAL,14 Januari – Sekurang-kurangnya 23 penumpang cedera apabila sebuah bas persiaran melanggar belakang sebuah lori kontena di kilometer 157.8,Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara,awal pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saiful Bahari Mohamad berkata,pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 pagi.

"Bas persiaran yangmembawa 24 penumpang bersama pemandu serta seorang kelindan dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori kontena.

"Seramai 23 mangsa mengalami kecederaan,manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di dalam bas,dan rawatan awal diberikan oleh anggota Unit EMRS di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap dan Hospital Seberang Jaya.