Berita bertemu

IPR mampu basmi kemiskinan tegar- Pensyarah UKM

Jan 6, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Januari- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melalui projek pertanian dan insentif keusahawanan dilihat mampu membasmi kemiskinan tegar.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Madya Dr Mustazar Mansur berkata langkah itu memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan menerusi inisiatif pertanian,perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

"Contohnya,pada waktu pandemik,mereka (rakyat) kehilangan pekerjaan dan pada masa yang sama tidak mempunyai modal.

"Oleh itu,kerajaan telah menyediakan program seperti ihsan pertanian dan ihsan vending machine. Melalui program ini,mereka menerima bantuan daripada kerajaan dan kerajaan membantu mereka berdikari," katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya,mesin layan diri yang dibekalkan di bawah IPR dalam kategori Inisiatif Usahawan Makanan mampu membantu golongan miskin tegar menjana pendapatan secara mampan

Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu kemiskinan tegar perlu diselesaikan segera termasuk merombak unjuran projek sedia ada.