Berita bertemu

Pengumpulan data tontonan penting untuk kandungan televisyen berkualiti

Dec 29, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman / Foto RTM

KUALA LUMPUR,28 Disember – Pengumpulan data tontonan menjadi elemen penting dalam menghasilkan kandungan televisyen yang berkualiti dan relevan dengan minat pelbagai lapisan usia,kata Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman.

Beliau berkata,perincian data membantu produksi mengolah penerbitan dengan lebih berkesan,termasuk pemilihan penyanyi,pelakon,dan format berita yang mampu menarik perhatian penonton.

“Pada hari ini,kita perlukan data. Data sangat penting. Jika kita buat apa-apa produksi,data itu membantu kita membuat olahan,penerbitan,dan pemilihan yang tepat. Dalam berita,contohnya,bagaimana kita menarik perhatian orang? Semuanya berdasarkan data,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini,sempena Hari Televisyen Malaysia.

Suhaimi juga optimis data yang dikumpul mampu menambah baik landskap tontonan televisyen agar kekal relevan dalam era digital ini.