Berita bertemu

Kes jenayah terancang GISBH, dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Dec 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

KUALA LUMPUR,23 Disember- Ketua Pegawai Eksekutif GISBH,Nasiruddin Mohd. Ali dan 21 yang lain akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memindahkan kes itu berikutan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim,Lailatul Zuraida Harron membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun yang mengemukakan izin pendakwaan agar kes kesemua 22 tertuduh dipindahkan ke Shah Alam untuk perbicaraan.

Terdahulu,peguam Datuk Rosli Kamaruddin membangkitkan isu bahawa Nasir dan isterinya ditempatkan di penjara secara berasingan iaitu masing-masing di Penjara Sungai Buloh dan Kajang.

Ujar beliau,suami isteri itu telah ditahan secara berasingan untuk tempoh sebulan.

Sehubungan itu,Rosli akan mengemukakan permohonan agar pengasingan penjara itu dilucutkan dan kedua-duanya ditempatkan dalam sel biasa masing-masing.