Berita bertemu

Malaysia pantau rapat perkembangan di Syria - KLN

Dec 10, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Reuters

KUALA LUMPUR,9 Disember- Malaysia akan terus memantau rapat perkembangan di Syria.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Negeri (KLN) yang mendesak penyelesaian jangka panjang dan mampan terhadap situasi di negara itu.

"Tindakan ini dibuat berlandaskan undang-undang antarabangsa,Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

Semasa tempoh peralihan ini,Malaysia percaya bahawa perlindungan institusi nasional utama,kebajikan serta kepentingan rakyat Syria akan diberi diutamakan selain menghormati sepenuhnya kedaulatan,kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria," kata kenyataan itu.

Selain itu,Malaysia turut menyeru semua yang terlibat dalam dialog inklusif dan konstruktif bagi membuka jalan pemulihan,keamanan dan kestabilan jangka panjang di Syria.

Malaysia menyokong hak rakyat Syria untuk menentukan masa depan seiring aspirasi mereka.