Berita bertemu

Malaysia, Perancis komited tangani isu global bersama

Nov 19, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Anwar Ibrahim dan Emmanuel Macron dalam pertemuan pada luar Sidang Kemuncak G20 di Brazil/Foto Facebook: Anwar Ibrahim

RIO DE JANEIRO,19 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.

Pertemuan itu bertujuan memperkukuh komitmen Kuala Lumpur dan Paris sekali gus mempererat hubungan strategik dan kerjasama dua hala.

Menurut Anwar,perbincangan meliputi pelbagai aspek penting,termasuk perdagangan,pelaburan,pelancongan dan pertahanan.

Kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha memacu inovasi dan pembangunan ekonomi di kedua-dua negara.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025,Malaysia turut menyampaikan penghargaan kepada Perancis atas sokongannya menerusi kerjasama pembangunan ASEAN-Perancis.

"Kami menghargai komitmen Perancis dalam memperkukuh hubungan dengan ASEAN khususnya melalui inisiatif pembangunan yang saling menguntungkan," katanya pada pertemuan itu.

Selain isu bilateral,kedua-dua pemimpin turut membincangkan situasi kritikal di Palestin terutama berkenaan genosid yang sedang berlaku.

Perdana Menteri dan Presiden Macron sepakat mengenai keperluan segera untuk mencapai gencatan senjata dan menyeru kerjasama antarabangsa bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Anwar menegaskan bahawa solidariti global dan tindakan tegas amat diperlukan untuk menyelesaikan krisis tersebut dengan adil dan berkekalan.

Pertemuan berkenaan mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Perancis serta kesungguhan kedua-dua negara dalam menangani isu-isu global dan serantau yang penting.