Berita bertemu

Tiada pemindahan penduduk, fenomena air pasang di Kuala Selangor terkawal

Nov 15, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Bomba Zon Tujuh,Kuala Selangor dan Sabak Bernam,Samsol Maarif Saibani

KUALA SELANGOR,15 November- Fenomena air laut pasang besar di sekitar Kuala Selangor yang berlaku awal pagi tadi dalam keadaan terkawal dan tiada pemindahan penduduk berlaku.

Bacaan paras air paling tinggi mencecah 5.5 meter pada pukul 5.05 pagi tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon Tujuh,Samsol Maarif Saibani,pemantauan pihaknya di beberapa kawasan dikenal pasti menerima kesan daripada fenomena itu mendapati terkawal walaupun paras air laut berlaku peningkatan.

"Pemantauan bomba akan dijalankan secara berterusan pada pagi ini petang nanti akan ketinggian air yang sama termasuklah besok pagi pada hari sabtu kita akan membuat pemantauan sehingga pada hari Ahad atau pada hari Isnin di sekitar ini dari semasa ke semasa mengikut ketinggian air.

"sekiranya ada terdapat retakan ban ataupun pecahan yang berlaku sepanjang ban ini kita akan melaporkan pada pusat gerakan di pejabat daerah dan untuk makluman Pegawai Daerah Kuala Selangor," katanya.

Katanya,air mulai menunjukkan trend menurun sekitar pukul 5.10 pagi tadi sebelum surut sepenuhnya.

Jelas Samsol,cuaca baik,tidak berlaku hujan serta membaik pulih ban menyumbang kepada situasi terkawal di Kuala Selangor pada pagi ini.

Antara lokasi yang dipantau,jeti Bagan Pasir,jeti Sungai Kajang dan pantai Sungai Kajang.