
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr Syamimi Turiman
KUALA LUMPUR,2 November – Kualiti dan kesahihan data perlu diutamakan berbanding kuantiti bagi memastikan bahasa Melayu mampu bersaing dalam perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).
RINGKASAN BERITA AI
−
Katanya,penggunaan bahasa Melayu juga tidak terbatas di dalam negara,malah turut berkembang di peringkat antarabangsa menerusi komuniti penuturnya di negara seperti Rusia dan China.
Sehubungan itu,beliau menegaskan bahawa usaha memperkukuh bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara berterusan dan berstruktur,bermula dari peringkat sekolah dan universiti hingga ke peringkat kebangsaan.
Usaha itu penting bagi memastikan bahasa Melayu bukan sahaja kekal sebagai bahasa komunikasi harian,malah terus diperkasa sebagai bahasa ilmu dan bahasa yang mampu mendukung pembangunan teknologi masa hadapan.