Berita Pelancongan

55 rakyat Malaysia di Nepal masih belum dapat dihubungi – Wisma Putra

Sep 14, 2026 IDOPRESS

Kawasan kediaman dilitupi lumpur susulan kejadian banjir lumpur yang dahsyat di Trishuli,Nuwakot,Nepal/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,14 September – Seramai 55 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China masih belum dapat dihubungi dan usaha mendapatkan kepastian mengenai status mereka masih giat dijalankan.

RINGKASAN BERITA AI

“Berdasarkan maklumat terkini dari Nepal,pihak berkuasa negara itu masih menjalankan usaha mencari,mengesahkan dan mengenal pasti mangsa susulan bencana berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu,SMART turut memberi latihan penggunaan dron kepada anggota penyelamat Nepal,selain menyerahkan sembilan dron kepada Kerajaan Nepal melalui National Disaster Risk Reduction and Management Authority (NDRRMA).

Pasukan SMART yang digerakkan ke Nepal bagi melaksanakan operasi bantuan susulan bencana/Foto Facebook SMART

Katanya,usaha susulan di Nepal akan diteruskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu melalui hubungan dengan NDRRMA dan pihak berkuasa Nepal,selain membuat semakan dengan hospital serta agensi berkaitan.

“Kedutaan juga akan menjalankan semakan atau lawatan susulan sekiranya keadaan keselamatan mengizinkan dan mendapat kebenaran pihak berkuasa Nepal.

“Bagi China pula,Kedutaan Besar Malaysia di Beijing akan terus berhubung dengan pihak berkuasa China mengenai rakyat Malaysia yang terjejas serta mendapatkan maklumat yang boleh membantu menentukan status mereka,kementerian kekal berhubung secara langsung dengan waris terdekat rakyat Malaysia yang terlibat dan akan terus menyalurkan perkembangan berdasarkan maklumat yang telah disahkan.