
Datuk Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU,30 Oktober – Sektor pelancongan Johor terus menunjukkan perkembangan positif dengan merekodkan 19.7 juta kemasukan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2026,serta 4.7 juta pelancong menginap sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menerusi sesi dialog berkenaan,perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas promosi digital bersama TikTok,meningkatkan kemudahan pengangkutan dan kesalinghubungan bersama Grab Malaysia,Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Johor,Majestic Johor Tourism Sdn Bhd,seluruh agensi kerajaan,pihak berkuasa tempatan,rakan strategik serta penggiat industri atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
“Semoga Johor terus berkembang sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,dengan tarikan yang lebih berkualiti supaya pelancong memilih untuk tinggal lebih lama dan datang lagi ke Johor,sekali gus membawa manfaat ekonomi kepada seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah,” katanya.