Berita Pelancongan

Penduduk sempadan negara diminta lapor ancaman sindiket

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Foto hiasan

TUMPAT,30 Oktober – Polis Kelantan menasihati orang ramai,terutamanya penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sempadan,supaya tampil membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan atau ancaman keselamatan daripada sindiket penyeludupan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi yang didakwa menjadi pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) sekitar Tumpat dan Kota Bharu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas dakwaan penduduk di kampung sekitar Sungai Kelantan yang didakwa menerima ugutan bersenjata api daripada sindiket penyeludupan PATI yang menjadikan kawasan terbabit sebagai lokasi pendaratan.

Dalam perkembangan berkaitan,statistik penguatkuasaan menunjukkan peningkatan ketara jumlah tangkapan PATI dari Januari hingga Oktober tahun ini kepada 4,837 orang,berbanding 2,452 orang pada 2025 dan 2,173 orang pada 2024.

Mengulas mengenai isu pelarian Myanmar Datuk Mohd Yusoff berkata,golongan tersebut tidak boleh ditahan sewenang-wenangnya sekiranya mereka merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Pihak berkuasa hanya boleh mengambil tindakan sekiranya mereka melanggar undang-undang negara,melakukan jenayah,atau menyalahgunakan dokumen pengenalan diri yang dimiliki.