Berita Pelancongan

El Salvador hantar lebih 2,000 tentera ke Haiti

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Empat anggota tentera El Salvador hilang ketika bertugas bersama Pasukan Pembanterasan Geng dalam misi keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) / Foto AFP

SAN SALVADOR,30 Oktober – El Salvador menghantar lebih 2,00 anggota tentera ke Haiti bagi menyertai operasi menyelamat empat anggota tenteranya yang hilang sejak 18 Oktober lalu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Presiden El Salvador,Nayib Bukele turut mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Haiti,Alix Didier Fils-Aime,pada Rabu bagi membincangkan operasi menyelamat berkenaan.

Minggu lalu,Bukele menerusi hantaran di platform X mengancam untuk menghapuskan kumpulan geng di negara itu,sebagaimana tindakan yang dilakukannya di El Salvador,sekiranya kumpulan berkenaan enggan membebaskan empat anggota tenteranya.

Sementara,lebih 2,000 anggota tentera tambahan itu akan menyertai pasukan yang sudah ditempatkan di Haiti bagi memperluas operasi pencarian di kawasan Plaine du Cul-de-Sac,berhampiran Port-au-Prince.

Misi berkenaan berlangsung ketika Haiti terus bergelut dengan keganasan kumpulan geng bersenjata yang mengancam keselamatan penduduk serta kestabilan negara.-AFP