
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,28 Oktober – Kerajaan telah membelanjakan RM42.5 bilion bagi menampung hutang dan komitmen berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 31 Ogos 2026.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Sekiranya peruntukan tersebut tidak perlu digunakan bagi membayar komitmen 1MDB,ia berpotensi dimanfaatkan untuk membiayai pelbagai keutamaan pembangunan negara,termasuk pembinaan sekolah dan hospital,penyediaan jalan raya,bekalan air luar bandar serta pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timur,Lee Chuan How,mengenai sasaran penyelesaian baki liabiliti bersih 1MDB serta nilai aset dan tuntutan yang masih dalam proses pemulihan di Dewan Rakyat,hari ini.
Menurutnya,kerajaan terus mempergiat usaha mendapatkan pampasan serta memulihkan aset dan dana berkaitan menerusi tindakan undang-undang dan mekanisme pemulihan aset di dalam serta luar negara.
Bagaimanapun,kerajaan belum menetapkan tahun muktamad untuk menyelesaikan semua liabiliti dan tuntutan berkaitan 1MDB kerana proses pemulihan turut bergantung pada keputusan mahkamah serta tindakan penguatkuasaan di dalam dan luar negara.