Berita Pelancongan

Kerajaan teliti NDI sebagai asas pemberian bantuan

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 Oktober – Kerajaan sedang meneliti penggunaan pendapatan boleh guna bersih (NDI) sebagai asas pemberian bantuan bagi memastikan keperluan kewangan isi rumah,termasuk golongan berpendapatan sederhana,dinilai dengan lebih adil.

RINGKASAN BERITA AI

−

Menurutnya,skim MediAsas yang menawarkan insurans dan takaful perubatan mampu milik turut dijadualkan dilancarkan mulai Januari 2027.

Dalam aspek percukaian,kerajaan mengumumkan peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000,pengurangan satu mata peratusan kadar cukai bagi pendapatan bercukai antara RM70,001 hingga RM150,000 serta peluasan pelepasan cukai bagi penjagaan ibu bapa.

“Langkah berkenaan dijangka memberi lebihan sehingga RM1,600 kepada lima juta pembayar cukai,” katanya.

Datuk Seri Mohd Shahar berkata,Dasar Gaji Progresif turut diteruskan,manakala penanda aras gaji sara hidup di syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan mulai 2027,yang dijangka memanfaatkan 230,000 pekerja.

Kerajaan turut memperluas pendekatan bantuan sejagat bagi keperluan asas menerusi inisiatif seperti Bantuan Awal Persekolahan dan BUDI95 yang turut memberi manfaat kepada golongan kelas pertengahan.