Berita Pelancongan

Banjir Nepal : Pengeluaran sijil kehilangan, kematian mangsa dipercepat

Oct 22, 2026 IDOPRESS

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan/ Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Malaysia sedang memantau usaha mempercepat pengeluaran sijil kehilangan atau kematian mangsa bencana di Nepal,daripada tempoh 12 tahun kepada 45 hari.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Jadi,ini sedang kita ikuti dan sedang kita pantau agar kita dapat membantu kerana keluarga-keluarga yang terdekat yang berada di tanah air ini memerlukan dokumen tersebut bagi urusan insuransnya,bankingnya,dan sebagainya,kita perlu beri bantuan”,katanya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu,Kementerian Luar Negeri juga telah mengadakan dua pertemuan bersemuka bersama agensi kerajaan dan keluarga terdekat mangsa di Wisma Putra bagi mendapatkan perkembangan serta menyelaras bantuan.

Jelas beliau,walaupun operasi mencari dan menyelamat di Nepal telah ditamatkan dan negara itu memasuki fasa pemulihan,Kedutaan Malaysia akan terus berhubung dengan pihak berkaitan bagi meneliti jika berlaku sebarang kemungkinan.

“Kedutaan Malaysia di Kathmandu masih lagi menjalankan usaha menghubungi kerajaan-kerajaan tempatan dan menghubungi pusat-pusat,pos-pos tempat orang melaksanakan aktiviti jungle tracking dan kerana setiap jungle trackers,dia mesti mendaftar. Jadi kita nak kumpul,kita nak tengok dia punya urutan di mana terakhirnya kita punya trackers tersebut.

“Jadi itu sedang dilakukan dan telah pun dilakukan kebanyakannya,semua menjurus bahawa kita punya trackers Malaysia yang masih tidak dapat dikesan ini berada di tempat laluan tsunami yang berlaku pada hari tersebut”,katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi mengenai status terkini rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi akibat banjir glasier dan aliran puing yang melanda daerah Rasuwa,Nepal.

Seramai 54 rakyat Malaysia dilaporkan masing hilang susulan tragedi tersebut.