
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Dr Fuziah Salleh
KUALA LUMPUR,22 Oktober –Peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar menjadi antara langkah kerajaan membendung ketirisan barang kawalan,yang turut diperkukuh menerusi operasi bersepadu di darat dan laut.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Di sempadan darat,sebanyak 357 kes direkodkan dengan nilai rampasan RM10.77 juta,manakala di sempadan laut,sebanyak 275 kes direkodkan dengan nilai rampasan RM12.29 juta,” katanya lagi.
Menurut beliau,operasi bersepadu itu melibatkan KPDN bersama lapan agensi penguatkuasaan lain.
Jawatankuasa tertinggi penyelarasan antara agensi penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan ditubuhkan susulan keputusan Kabinet pada 11 Mac lalu,manakala mesyuarat pertamanya diadakan lima hari kemudian.
Langkah itu dilihat penting dalam memastikan penyelarasan antara agensi dipertingkat,khususnya ketika konflik Asia Barat meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan dan barangan kawalan.
Kerajaan berharap gabungan penyasaran subsidi dan penguatkuasaan bersepadu dapat mengurangkan ketirisan,sekali gus memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat,hari ini.