Berita Pelancongan

52,133 pemilik pikap, jip di Sabah lulus tambahan 100 liter BUDI Diesel

Oct 22, 2026 IDOPRESS

Timbalan Menteri Kewangan,Liew Chin Tong/Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Seramai 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah diluluskan kelayakan tambahan 100 liter diesel sebulan menerusi BUDI MADANI Diesel,setakat 12 Oktober lalu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) mengenai jumlah pemilik pikap dan jip di Sabah yang menerima tambahan 100 liter BUDI Diesel.

Katanya,kemudahan itu diperkenalkan bagi membantu pemilik yang bergantung kepada kenderaan berkenaan untuk menjalankan perniagaan kecil,membawa hasil pertanian serta melakukan perjalanan ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambah beliau,sebanyak 19,008 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel diluluskan di seluruh negara setakat 12 Oktober lalu,dengan 5,555 permohonan daripadanya di Sabah.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan,maklum balas pengguna serta keperluan sektor terlibat bagi memastikan subsidi disalurkan secara bersasar dan mengelakkan ketirisan,” katanya.