Berita Pelancongan

PPHM terus perkasa inap desa, jana pendapatan pengusaha

Oct 21, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 Oktober – Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) di Kelantan merekodkan pendapatan RM376,451 dengan kehadiran 7,208 pelancong bagi tempoh Januari


hingga Ogos 2026.

RINGKASAN BERITA AI

−

Selain itu,kami turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memberikan pendedahan kepada pengusaha homestay mengenai program agro. Melalui inisiatif ini,pengusaha homestay berpeluang meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti agropelancongan,selain melayakkan mereka mendapatkan bantuan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik,mengenai keberkesanan inisiatif dalam memperkasa pelancongan berasaskan komuniti di kawasan luar bandar.

Jelas beliau setakat Ogos 2026,Kelantan mempunyai lapan kluster PPHM dengan 141 pengusaha berdaftar serta tujuh Pemandu Pelancong Hos Komuniti Setempat (HKS) berlesen.

MOTAC turut memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti pengusaha,penambahbaikan kemudahan homestay dan promosi produk ekopelancongan,budaya,warisan,makanan tempatan serta seni kraf bagi meluaskan pasaran domestik dan antarabangsa.