
Raja Britain,Raja Charles III,menyampaikan ucapan pada majlis jamuan rasmi di Istana Windsor/ AFP)
LONDON,21 Oktober – Raja Britain,memuji usaha Oman dalam membantu mewujudkan keamanan di Asia Barat,ketika Sultan Haitham bin Tariq memulakan lawatan pertamanya ke United Kingdom (UK) dalam tempoh hampir setengah abad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Lawatan negara itu merupakan yang pertama oleh Sultan Oman ke Britain dalam tempoh 44 tahun,ketika Asia Barat berdepan ketegangan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Sultan Haitham dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri UK,Andy Burnham,di Downing Street pada Rabu. Isu keselamatan,perdagangan dan pelaburan dijangka menjadi antara agenda utama perbincangan.
Majlis jamuan pada Selasa turut dihadiri Burnham serta pemimpin syarikat Shell,BP dan Airbus,selain kerabat diraja dan tetamu kenamaan lain.
Dalam ucapannya,Raja Charles berkata hubungan Britain dan Oman diperkukuh oleh kerjasama dalam bidang diplomatik,pertahanan,perdagangan dan kepercayaan.
UK telah lama menjalin kerjasama ketenteraan dengan Oman,termasuk latihan bersama pasukan tentera kedua-dua negara selama beberapa dekad. Bandar pelabuhan Duqm turut menjadi lokasi penting bagi ketenteraan Britain.
Dalam perkembangan berasingan,kerajaan Britain mengumumkan penempatan pesawat pejuang negara itu bagi membantu pertahanan Arab Saudi daripada serangan kumpulan Houthi dari Yaman yang bersekutu dengan Iran.-AFP