Berita Pelancongan

Dua kapal tangki minyak terbakar terkena periuk api laut di Selat Hormuz

Oct 21, 2026 IDOPRESS

Kapal tangki minyak yang didakwa “melanggar peraturan” di laluan Selat Hormuz/Foto IRCG

TEHRAN,21 Oktober – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan bahawa dua kapal tangki minyak yang didakwa “melanggar peraturan” terbakar pada Selasa selepas terkena periuk api laut yang dipasang oleh pasukan tentera lautnya di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kapal-kapal berlabuh di pesisir Khasab,wilayah Musandam,Oman,berhampiran Selat Hormuz/Foto fail AFP

Pada Selasa,Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei berkata negaranya tidak akan membiarkan sebarang serangan terhadapnya tanpa tindak balas dan akan membalas dengan kekuatan yang setara atau lebih besar.

Dalam sidang media mingguan di Tehran,Baghaei menolak dakwaan yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu bahawa AS menghantar mesej untuk memaklumkan hasratnya menyerang Gunung Pickaxe Iran,yang didakwa mempunyai kaitan dengan program nuklear negara itu.

Baghaei berkata Iran menunjukkan sejak dua tahun lepas bahawa era serangan “serang dan lari” sudah berakhir,sambil menyifatkan tanggapan bahawa Tehran akan mengelak daripada bertindak balas sebagai “khayalan”.

Beliau berkata tiada perbincangan diadakan antara Tehran dengan Moscow mengenai butiran isu nuklear Iran semasa lawatan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov ke Iran baru-baru ini.

Dalam temu bual dengan Newsmax pada Khamis malam,Presiden AS Donald Trump berkata Washington mungkin perlu menyasarkan Gunung Pickaxe di Iran,sambil menegaskan bahawa AS mahu memastikan Tehran tidak membangunkan senjata nuklear.


– BERNAMA-XINHUA