
Foto AFP
YANGON,20 Oktober – Bekas pemimpin Myanmar,Aung San Suu Kyi,menerima kiriman daripada Raja Britain,Raja Charles III,pada Isnin,ketika masih dalam tahanan susulan rampasan kuasa tentera pada 2021.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan berkaitan,pihak berkuasa Myanmar buat pertama kali menggunakan istilah “tahanan wanita khas” bagi merujuk kepada Suu Kyi.
Beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2021 yang mencetuskan perang saudara berpanjangan di negara itu,dengan lebih 100,000 kematian direkodkan menurut pemantau konflik ACLED.
Ketua rampasan kuasa,Min Aung Hlaing,dilantik sebagai presiden awam pada April lalu selepas pilihan raya yang tidak disertai parti Suu Kyi. Bekas pemimpin itu kemudian dipindahkan ke tahanan rumah.
Suu Kyi masih ditahan atas beberapa pertuduhan yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia sebagai direka untuk mengembalikan kuasa kepada pihak tentera.
Sementara itu,Britain yang pernah menjajah Myanmar mengecam penahanan Suu Kyi sebagai sewenang-wenangnya dan menggesa pembebasannya dengan segera tanpa sebarang syarat.
Bagaimanapun,Pejabat Luar Britain tidak mengesahkan sama ada diplomat negara itu pernah memohon untuk menyerahkan kiriman berkenaan secara langsung atau permintaan tersebut ditolak pihak berkuasa Myanmar.-AFP