
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Oktober – Universiti Malaya (UM) dijadual melancarkan penambahan 10,000 katil penginapan pelajar minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa universiti awam.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,kementerian memperoleh peruntukan tambahan RM800 juta untuk menaik taraf,menyelenggara dan membaik pulih prasarana sedia ada,termasuk asrama,bilik kuliah serta kemudahan pembelajaran di universiti awam,politeknik dan kolej komuniti.
Peruntukan itu bertujuan meningkatkan keselesaan mahasiswa selain memastikan kemudahan pembelajaran dan penginapan di institusi pendidikan tinggi terus berada dalam keadaan baik.