
Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 Oktober – Peruntukan dan pelbagai inisiatif menerusi Belanjawan 2027 disifatkan mampu memperkukuh ekosistem serta meningkatkan daya saing Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengulas mengenai kos sara hidup,beliau berkata bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat meringankan beban rakyat,sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.
Jelasnya,penggunaan bantuan SARA di premis seperti pasar tani dan lokasi kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut berpotensi meningkatkan hasil jualan usahawan serta pengeluar tempatan.
“Sumbangan STR dan SARA ini sebenarnya usaha jangka pendek,tetapi sangat penting untuk merancakkan ekonomi masa kini.
“Perluasan SARA memberi kelegaan kepada golongan M40,terutamanya penduduk di bandar berikutan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.
Dalam pada itu,Prof. Madya Dr. Shifa menasihatkan usahawan supaya mengamalkan pemikiran kreatif dan inovatif serta membina daya tahan bagi mendepani cabaran perniagaan.
Beliau berharap usahawan tempatan tidak sekadar berpuas hati pada tahap kelangsungan perniagaan,sebaliknya memanfaatkan sokongan kerajaan dan terus menimba ilmu untuk meningkatkan perniagaan masing-masing ke peringkat antarabangsa.