
Pentadbiran Trump gagal berunding dengan Kongres atau mengemukakan sebarang penjelasan berhubung keputusan membenarkan eksport diesel Rusia/Foto AFP
WASHINGTON,12 Oktober – Tujuh Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mempersoal kesahan perjanjian Presiden Donald Trump yang membenarkan eksport diesel Rusia,walaupun larangan AS terhadap import tenaga negara itu masih berkuat kuasa sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
RINGKASAN BERITA AI
−
Keputusan berkenaan dikecam kerana didakwa “memberikan talian hayat kewangan kepada Putin ketika Rusia terus membunuh orang awam Ukraine” dan menggesa pentadbiran Trump supaya “segera membatalkan keputusan itu”.
Kenyataan itu turut ditandatangani tiga senator Demokrat,masing-masing Jeanne Shaheen,Richard Blumenthal dan Ron Wyden,serta empat senator Republikan,Susan Collins,Lisa Murkowski,John Curtis dan Thom Tillis.
Trump,pada Jumaat mengumumkan perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Rusia,Vladimir Putin untuk membenarkan penghantaran diesel dalam jumlah besar sebagai pertukaran bagi pelonggaran sementara sekatan AS.
Perjanjian itu telah mencetuskan reaksi daripada Ukraine,Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa anggota Kongres AS.
Sementara itu,Setiausaha Perbendaharaan AS,Scott Bessent mempertahankan perjanjian berkenaan pada Ahad dalam satu temu bual bersama Fox News.
“Kami akan melaksanakannya menggunakan semua kuasa undang-undang,” katanya. – AFP