
Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 September– NasionalFM buat julung kalinya menganjurkan Fiesta Jiwa Malaysia Next Level di Wisma Radio,Angkasapuri hari ini,sebagai platform menyemarakkan semangat patriotik dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta masyarakat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pengurus NasionalFM,Salbiah Mohd Sharif berkata,program itu turut menjadi platform memperkenalkan perkhidmatan kerajaan kepada warga RTM.
“Kira-kira 2,000 orang hadir pada sebelah pagi,dengan jumlah dijangka meningkat sehingga tengah hari.
“Senamrobik kita tengok begitu padat sekali,” katanya.
Dalam pada itu,Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa,Md Shahri Saripan berkata,kerjasama rentas bahagian dalam RTM menerusi penganjuran program seumpama itu wajar diteruskan.
“Wisma Berita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Wisma Radio dalam menganjurkan lebih banyak program,termasuk di stesen-stesen radio RTM di seluruh negara,” katanya.
Sebanyak 13 reruai agensi disediakan di ruangan Wisma Radio.
Antaranya,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),Pusat Pungutan Zakat (PPZ),Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),Polis Diraja Malaysia (PDRM),Pejabat Kesihatan Lembah Pantai (PKLP) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).