Berita Pelancongan

Protes pelajar Perancis bertukar ganas, 440 ditahan

Sep 30, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

PARIS,30 September – Sekurang-kurangnya 440 orang ditahan selepas protes tunjuk perasaan pelajar sekolah menengah bertukar ganas di Perancis pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

−

“440 orang ditahan di seluruh negara. Kami belum mempunyai jumlah akhir,” katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan Perancis,kira-kira 400 daripada 3,700 sekolah di seluruh negara terjejas akibat demonstrasi atau gangguan.

“Sebanyak 40 sekolah disekat sepenuhnya manakala,44 lagi berdepan cubaan sekatan,” menurut kementerian itu.

Selain itu,seramai 10 orang dilaporkan cedera termasuk pelajar dan kakitangan sekolah.

Protes yang bermula di wilayah Ile-de-France sekitar Paris sejak minggu lalu itu kini merebak ke beberapa bandar lain.

Pelajar membantahh beberapa isu pentadbiran sekolah termasuk jadual persekolahan,saiz kelas,kekurangan guru serta bilik darjah yang terlalu panas ketika gelombang haba.-AFP