
Friedrich Merz / Foto AFP
BERLIN,30 September – Canselor Jerman,Friedrich Merz berkata Rusia tidak berhasrat mengadakan rundingan serius bagi menamatkan perang di Ukraine,susulan pertemuan menteri luar kedua-dua negara di New York,Sabtu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menteri Pertahanan Jerman,Boris Pistorius,menyifatkan tindak balas Lavrov memperlekehkan usaha rundingan dan menunjukkan pendirian Moscow langsung tidak berubah.
Merz sekali lagi menggesa Rusia untuk kembali ke meja rundingan.
“Jika Rusia tidak bersedia,kami sedia menyokong Ukraine bagi tempoh yang lama. Rusia tidak akan menang,ekonomi mereka makin gawat,dan akan menanggung kerugian besar jika perang berterusan,katanya di sini.
Kenyataan itu dibuat semasa lawatan Presiden Kazakhstan,Kassym-Jomart Tokayev,ke Berlin.
Walaupun Kazakhstan merupakan sekutu Rusia,mereka tidak pernah menyokong pencerobohan di Ukraine.
Pada Julai lalu,Tokayev secara terbuka meminta Presiden Rusia,Vladimir Putin menghentikan konflik tersebut.
Meskipun mengekalkan hubungan baik dengan Putin,Tokayev menegaskan kebimbangannya terhadap situasi semasa dan memegang teguh prinsip kedaulatan negara.
“Integriti wilayah semua negara mesti dihormati. Apa sahaja yang berlaku,Rusia dan Ukraine tetap sahabat kami,” kata Tokayev. -AFP