Berita Pelancongan

Suspek kes pengeboman dibebaskan, Trump persoal keputusan Britain

Sep 29, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

WASHINGTON,29 September – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump menyuarakan rasa terkejut selepas lima lelaki yang ditahan berhampiran pangkalan tentera udara AS di Britain berhubung dakwaan plot pengeboman dibebaskan dengan ikat jamin.

RINGKASAN BERITA AI

−

Polis antikeganasan Britain pada Isnin memaklumkan kesemua suspek dibebaskan dengan ikat jamin,sementara siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada terdapat penglibatan negara asing.

Setiausaha Negara AS,Marco Rubio turut mengelak daripada memberikan butiran,namun berkata insiden itu jelas mempunyai kaitan dengan ‘aktor asing’.

Rubio menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sangat serius dan berkata pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya.

Pangkalan RAF Fairford digunakan oleh tentera AS,termasuk sebagai lokasi berlepas pesawat pengebom AS dalam operasi terhadap Iran sejak Mac lalu.

Sementara itu,Iran menafikan sebarang penglibatan dalam plot yang disyaki menyasarkan pangkalan berkenaan.-AFP