
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya,Jabatan Kerja Raya,Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman./ RTM
KUALA LUMPUR,15 September – Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia Ke-13 2026 akan berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur,dengan memberi tumpuan kepada usaha memperbaharui dan memperkukuh industri jalan raya negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Antara pengisian utama ialah sesi ucaptama,Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan,program pembangunan jurutera muda serta program profesional berkaitan kecerdasan buatan.
Persidangan itu turut menampilkan pertandingan ciptaan dan inovasi kejuruteraan bagi mengetengahkan idea serta penyelesaian baharu dalam pembangunan industri jalan raya.
Majlis prapelancaran Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia Ke-13 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan pada 13 Ogos lalu di ibu negara.