
PLUS memasang lapisan pelindung permukaan,penghadang konkrit,kabel dan jaring penahan batu sebagai langkah keselamatan tambahan/Foto Plus Malaysia
Kerajaan Perak memberi jaminan laluan Lebuhraya Utara-Selatan di sekitar Terowong Menora selamat digunakan susulan kejadian hakisan tanah di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan pada 11 September lepas.
RINGKASAN BERITA AI
−

Kerajaan Perak meningkatkan pemantauan di sekitar Terowong Menora bagi memastikan keselamatan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan/Foto Plus Malaysia
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan pemantauan di lokasi kejadian,hari ini.
Sebagai langkah mitigasi,PLUS memasang lapisan pelindung permukaan dan penghadang konkrit di bahu jalan,selain kabel serta jaring penahan batu sebagai perlindungan tambahan.
Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri turut meneliti keperluan mendapatkan peruntukan tambahan menerusi Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakan kerja pengukuhan cerun untuk jangka panjang.
Kejadian pada 11 September lepas dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan kerosakan sistem saliran cerun,menyebabkan tanah,pokok serta tumbuhan menggelongsor ke lorong kiri lebuh raya.