Berita Pelancongan

UMNO perkasa pendekatan digital dalam penerangan parti

Sep 9, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR,9 September – UMNO akan memperkukuh pendekatan digital dalam strategi penerangan parti bagi memastikan penyampaian maklumat politik terus relevan,berimpak dan seiring dengan evolusi landskap komunikasi semasa.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2026 di sini,hari ini.

Datuk Seri Anzalina berkata parti itu akan menggalakkan lagi penghasilan kandungan digital termasuk infografik dan bahan kreatif sebagai pendekatan baharu dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Dalam perkembangan lain,UMNO memperkenalkan Artificial Intelligence Right Assistance (AIRA) bagi membantu memberikan maklumat berkaitan senarai calon Barisan Nasional (BN),manifesto,polisi,isu semasa dan program bantuan awam.