Berita Pelancongan

Kebakaran hutan, gelombang haba ancam kualiti udara dan kesihatan – PBB

Sep 7, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

GENEVA,7 Sept –Kebakaran hutan dan gelombang haba yang menghasilkan bahan pencemar mikroskopik di udara kini mengancam usaha antarabangsa dalam meningkatkan kualiti udara,melindungi kesihatan manusia serta memelihara alam sekitar.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Zarah halus PM2.5 terdiri daripada zarah mikroskopik dan titisan berdiameter kurang daripada 2.5 mikrometer. Ia berisiko tinggi kepada kesihatan kerana mampu menembusi jauh ke dalam paru-paru dan saluran darah,” tegasnya.

Selain terhasil daripada kegiatan industri berteraskan bahan api fosil,pertanian,pemanasan domestik dan pengangkutan,PM2.5 turut berpunca daripada kebakaran hutan serta ribut debu.

WMO mendesak agar pemantauan lebih ketat dibuat terhadap bahan pencemar udara seperti aerosol termasuk karbon hitam dan mikroplastik iaitu zarah halus serta ozon.

“Bahan pencemar ini tidak dipantau dengan secukupnya walaupun ia tersebar luas dan berpotensi merosakkan ekosistem.

Usaha dan dasar berkaitan kualiti udara dan iklim amat diperlukan kerana kedua-duanya tidak boleh ditangani secara berasingan,” tegas agensi itu.- AFP