
Foto RTM
KUALA LUMPUR,31 Ogos – Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan mengembalikan kuota asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 300 liter sebulan,berkuat kuasa 1 September ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Shazwan Aswad Ahmad Zahir menyifatkan kuota 300 liter sebulan mencukupi bagi menampung keperluan perjalanan,khususnya bagi individu yang bekerja dan perlu berulang-alik dalam jarak jauh.
“Bagi saya yang bekerja jarak jauh ini sangat membantu. 300 liter itu cukup untuk satu bulan,ada juga lebihnya. Terima kasih atas inisiatif kerajaan membantu rakyat yang sangat memerlukan,” katanya.
Bagi Yasser Arafat Mohamed Ibrahim,pengembalian kuota berkenaan merupakan langkah yang baik dalam membantu rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.
“BUDI yang dinaikkan itu sedikit sebanyak membantu semua orang dalam keadaan yang tersepit ini. Saya rasa satu langkah yang bagus,” katanya.
Dalam pada itu,Nazirul Mubin Abdullah Hanif berkata peningkatan kuota itu amat membantu memandangkan beliau perlu melakukan perjalanan kira-kira 140 kilometer setiap hari antara Ipoh dan Taiping untuk bekerja.
“Saya memang amat menggunakan (BUDI95) sebab perjalanan saya bekerja dari Ipoh ke Taiping,140 kilometer hari-hari. Benda ini saya rasa,terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.
Secara keseluruhannya,pengembalian kuota BUDI95 kepada 300 liter sebulan dilihat memberi lebih ruang kepada penerima mengurus perbelanjaan bahan api,terutama mereka yang bergantung kepada kenderaan persendirian bagi urusan pekerjaan dan perjalanan harian.