
Polis membawa mayat mangsa banjir kilat dan tanah runtuh ke tapak pengebumian beramai-ramai di Chitwan,Nepal/Foto REUTERS
DEVIGHAT,NUWAKOT (Nepal),31 Ogos – Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang dahsyat di Nepal serta wilayah Tibet,meningkat kepada 804 orang,manakala hampir 3,300 lagi masih hilang,lapor Anadolu Ajansi memetik angka terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa dan media tempatan pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−

Anggota tentera Nepal membawa mayat mangsa yang dipindahkan melalui udara susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nuwakot/Foto REUTERS
Bencana itu melanda kawasan sempadan China-Nepal pada Rabu apabila glasier runtuh secara tiba-tiba hingga mencetuskan aliran deras air dan puing melalui lembah Himalaya,memusnahkan perkampungan serta menyebabkan kerosakan terhadap infrastruktur utama.
Operasi SAR turut berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi,kawasan pergunungan curam dan gaung sempit.
Nepal memohon bantuan kepakaran bagi operasi menyelamat dalam terowong,teknologi pengesanan mangsa yang terselamat,analisis forensik dan DNA serta peralatan untuk mengawet mayat yang ditemukan.
Pasukan tinjauan operasi menyelamat terowong seramai 11 anggota dari India telah tiba bagi membantu operasi itu. – BERNAMA-ANADOLU