
Kanak-kanak yang dipindahkan akibat banjir kilat dan tanah runtuh berlindung di sebuah hospital di Nuwakot,Nepal/Foto REUTERS
KATHMANDU,31 Ogos –Tindakan pantas seorang guru besar di Nepal dipercayai berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 900 pelajar selepas beliau mengarahkan pemindahan segera hanya beberapa minit sebelum gelombang banjir besar melanda sekolahnya,lapor agensi berita Jerman dpa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Keadaan panik tercetus seketika ketika mereka bergegas keluar,manakala seorang pelajar perempuan dibawa ke hospital dengan motosikal selepas pengsan.
Dawadi turut sempat mengarahkan bas sekolah yang dilaporkan membawa ratusan lagi pelajar dalam perjalanan ke sekolah supaya berpatah balik.
“Jika kami membuat keputusan itu 10 minit kemudian,kami semua,termasuk pelajar dan saya sendiri,mungkin tidak dapat bercakap dengan anda hari ini,” katanya kepada BBC.
Sekolah itu terletak di tebing Sungai Trishuli yang dilanda gelombang banjir besar pada Rabu.

Anggota tentera Nepal membawa mayat mangsa yang dipindahkan melalui udara susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nuwakot/Foto REUTERS
Angka korban akibat banjir itu meningkat kepada lebih 800 orang di Nepal dan China,dengan beberapa perkampungan musnah selain kerugian ekonomi yang besar.
Lebih 3,000 orang masih hilang di kedua-dua belah sempadan,termasuk ratusan warga asing.
Seorang daripada pelajar yang diselamatkan Dawadi,Yunisha,16,memberitahu BBC bahawa dia sempat tiba di tempat selamat hanya beberapa saat sebelum banjir melanda dengan berlari menaiki kawasan berbukit melalui laluan berlumpur di belakang sekolah,manakala perkampungan di belakangnya musnah akibat dihanyutkan arus dan puing.
Dawadi berkata hampir tiada apa yang tinggal daripada bangunan sekolah itu.
Sekurang-kurangnya seorang kakitangan sekolah maut dalam banjir berkenaan. – BERNAMA-dpa