Berita Pelancongan

Gabungan kraf tradisional dan solusi digital buka pasaran baharu artisan tempatan

Aug 10, 2026 IDOPRESS

Foto FB Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia

KUALA LUMPUR,10 Ogos – Sektor ekonomi kreatif terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan utama dengan menggabungkan antara kraf tradisional dengan penyelesaian digital terkini bagi membuka pasaran baharu buat artisan serta usahawan tempatan di rantau ASEAN dan China.

RINGKASAN BERITA AI

−

Selain itu,ia bertindak sebagai penghubung penting diplomasi budaya dalam memperkukuh hubungan serta semangat saling hormat-menghormati yang telah terjalin selama berabad-abad antara ASEAN dengan China.

Program anjuran MOTAC dengan sokongan Society of Creative Symphony serta rakan-rakan strategik itu mengumpulkan wakil negara anggota ASEAN,pakar industri dan institusi akademik bagi merangka strategi pemeliharaan warisan seni rantau ini.