Berita Pelancongan

Malaysia tuan rumah Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-9

Aug 4, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,4 Ogos – Malaysia buat julung kali menjadi tuan rumah Forum Kanak-Kanak ASEAN (ASEAN Children’s Forum) Ke-9,yang menghimpunkan penyertaan kanak-kanak dari negara ASEAN bagi memperkukuh komitmen serantau dalam melindungi hak,kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak daripada segala bentuk keganasan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Datuk Seri Nancy berkata tema forum kali ini selari dengan komitmen negara anggota ASEAN yang sedang memuktamadkan ASEAN Regional Plan of Action on the Elimination of Violence Against Children 2026–2035,yang dijadual diperakukan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Filipina.

Tegas beliau,kerajaan komited untuk terus memperkukuh usaha menghapuskan keganasan terhadap kanak-kanak melalui penyertaan aktif mereka dalam proses membuat keputusan.

Forum yang berlangsung pada 4 dan 5 Ogos itu disertai lebih 150 peserta secara hibrid,termasuk empat wakil kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun dari setiap negara anggota ASEAN,bersama wakil agensi ASEAN,rakan strategik antarabangsa dan pertubuhan masyarakat sivil.