Berita Pelancongan

Rundingan Washington-Tehran : Aliran trafik di dua laluan maritim utama kekal hampir tidak berubah

Aug 4, 2026 IDOPRESS

Syarikat-syarikat perkapalan dilapor masih berhati-hati terhadap sebarang ancaman / Foto REUTERS 

BEIJING,4 Ogos – Aliran trafik pergerakan kapal komoditi dan perkapalan maritim di dua laluan maritim utama iaitu Selat Bab el-Mandeb serta Selat Hormuz,kekal hampir tidak berubah awal minggu ini,walaupun perkembangan rundingan antara Washington dan Tehran,masih belum jelas,

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,angka sebenar kemungkinan lebih tinggi memandangkan terdapat kapal yang tidak mengaktifkan AIS.

Syarikat-syarikat perkapalan dilapor masih berhati-hati terhadap sebarang ancaman dengan menyifatkan kedua-dua laluan berkenaan sebagai laluan maritim yang berisiko tinggi dan bukannya laluan yang telah kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu,jurucakap Kementerian Luar Iran,Esmail Baghaei memaklumkan tiada rundingan dan pertemuan dijadual bersama Washington.

Kenyataan dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan serangan terhadap Iran ditangguhkan sementara menunggu hasil rundingan. – REUTERS