
PBB memberi amaran kekurangan dana mengakibatkan bekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan semakin berkurangan / Foto REUTERS
NEW YORK,4 Ogos – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam pembunuhan orang awam di Gaza dan menegaskan kemudahan kesihatan mesti dilindungi daripada serangan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kebanyakan serangan dilaporkan berlaku di bahagian barat Gaza,iaitu kawasan yang kini menempatkan sebahagian besar daripada kira-kira 2.1 juta penduduk.
Serangan zionis terhadap kemudahan perubatan di Gaza turut dikecam Pertubuhan Kesihatan Sedunia,(WHO) dengan menggesa serangan perlu dihentikan serta-merta.
Ketua Pengarahnya,Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam kenyataan menegaskan WHO menggesa agar perkhidmatan kesihatan dilindungi.
“Kemudahan kesihatan tidak boleh sesekali diserang atau dijadikan kawasan ketenteraan,”tegasnya.
Hujung minggu lepas,serangan tentera Israel menyasarkan sebuah tempat penyimpanan bersebelahan Hospital Syuhada Al-Aqsa,mengakibatkan bangunan utama rosak dan memusnahkan peralatan perubatan,termasuk barangan yang baru dihantar oleh WHO. – REUTERS