Berita Pelancongan

Isu penggantungan import udang Thailand, DOF laksana audit timbal balik

Aug 4, 2026 IDOPRESS

EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor,Md Israk Abdullah (kiri) dan Ketua Pengarah Perikanan,Datuk Adnan Hussain (dua dari kiri) / Foto DOF Malaysia

MERSING,4 Ogos – Jabatan Perikanan (DOF) sedang melaksanakan pemeriksaan secara maya bersama pihak berkuasa Thailand secara timbal balik dalam penilaian teknikal perdagangan perikanan,susulan isu penggantungan sementara import lima spesis udang dari negara itu oleh Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI

−

Selepas selesai,kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan bagi meneliti dapatan pemeriksaan sebelum sebarang pengumuman lanjut dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Melabuhkan Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu,di sini.

Katanya,pemeriksaan secara maya yang bermula pada 28 Julai lepas dan dijadual berakhir Jumaat ini,merupakan langkah penting dalam mengesahkan sistem pengeluaran udang dan siakap bagi kedua-dua negara.

“Kesemua pemeriksaan tersebut dilaksanakan selepas penilaian soal selidik bagi permohonan eksport udang Thailand ke Malaysia selesai di peringkat dokumentasi,” katanya.

Beliau berkata proses penilaian itu dijangka selesai minggu ini dan kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan lanjut bagi meneliti dapatan berkenaan sebelum sebarang pengumuman dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Bulan lalu,KPKM mengumumkan penggantungan sementara import lima spesies udang dari Thailand yang berkuat kuasa pada 1 Jun sebagai sebahagian daripada langkah memperketat kawalan terhadap produk perikanan dari negara jiran itu.

Spesies yang terlibat ialah “Penaeus esculentus” (udang harimau coklat),“Fenneropenaeus merguiensis” (udang pisang),“Penaeus vannamei” (udang putih),“Penaeus monodon” (udang harimau) dan “Penaeus stylirostris” (udang biru).