
Foto RTM
Putrajaya,3 Ogos – Jawatankuasa berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (FOI) 2026 akan mengadakan mesyuarat pertama esok bagi menetapkan terma rujukan sebagai panduan dalam proses penelitian serta penyediaan syor sebelum dibentangkan di Parlimen.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita akan menilai semua pandangan itu secara terperinci sebelum sebarang syor dimuktamadkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),hari ini.
Sebelum ini,pada 13 Julai lalu,Azalina memaklumkan kerajaan akan membentangkan usul untuk merujuk RUU Kebebasan Maklumat (FOI) 2026 kepada JKPK bagi membolehkan penelitian lebih mendalam dilaksanakan menerusi sesi libat urus bersama Ahli Parlimen serta pihak berkepentingan.
Langkah itu selaras dengan usaha memastikan RUU berkenaan mengambil kira keperluan semasa,kepentingan awam serta prinsip tadbir urus yang lebih telus dan berakauntabiliti.