
Foto AFP
TEHRAN,3 Ogos – Iran dan Oman hampir mencapai persetujuan mengenai laluan maritim baharu di Selat Hormuz yang berasingan daripada koridor sedia ada,kata Jurucakap Kementerian Luar Iran,Esmaeil Baqaei.
RINGKASAN BERITA AI
−
Oman bagaimanapun belum memberikan sebarang reaksi mengenai perkara itu.
Baqaei menegaskan bahawa persefahaman mengenai laluan baharu berkenaan tidak berkaitan dengan keputusan sama ada Selat Hormuz akan dibuka semula atau terus ditutup.
Beliau meletakkan tanggungjawab penutupan Selat Hormuz kepada Washington.
“Selat itu ditutup kerana Amerika Syarikat (AS) melanggar komitmennya,mengenakan sekatan laut terhadap Iran serta mengambil pelbagai tindakan bermusuhan terhadap Iran sepanjang tempoh ini,” katanya.
Sebelum konflik,kira-kira 20 peratus penggunaan minyak global menggunakan laluan Selat Hormuz. – AFP