Berita Pelancongan

92 projek bina masjid diluluskan sejak 2023

Aug 3, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 Ogos – Sebanyak 92 projek pembinaan masjid di seluruh negara diluluskan sejak 2023 hingga Jun 2026 dengan peruntukan berjumlah RM160.82 juta,dalam usaha memastikan kemudahan ibadah memenuhi keperluan masyarakat setempat.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata,kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),jabatan agama Islam negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membolehkan pelbagai inisiatif kebajikan disalurkan melalui masjid.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk agihan bantuan kepada golongan asnaf,penyediaan bakul makanan,program dapur komuniti,bantuan kecemasan kewangan,bantuan pendidikan,khidmat kaunseling,pengurusan jenazah golongan rentan serta penyediaan tempat perlindungan sementara.

Selain itu,katanya,program pemulihan dadah turut dilaksanakan melalui kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai sebahagian usaha memperluas fungsi masjid dalam menyantuni masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung jumlah masjid baharu yang dibina atau sedang dalam pelaksanaan pada era MADANI serta peranan lebih besar institusi masjid dalam membantu golongan memerlukan di Dewan Negara hari ini.