
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik,di sini,hari ini. / Foto BERNAMA
NILAI,17 Julai – Sistem pendidikan negara perlu melahirkan generasi yang menguasai teknologi baharu tanpa mengorbankan nilai akhlak,kemanusiaan dan integriti,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik,hari ini.
Jelasnya lagi,pendidikan juga perlu menjadi benteng terhadap budaya kebencian,perkauman dan prasangka kerana kestabilan negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi atau teknologi.
Selain itu,cabaran pendidikan bukan sekadar memastikan guru menguasai teknologi terkini,tetapi membentuk pendidik yang mampu menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
“Pendidikan yang menyeluruh perlu disediakan bagi melahirkan guru yang berkelayakan serta memahami makna kasih sayang yang berteraskan akidah,akhlak dan nilai kemanusiaan,” jelasnya.