
Datuk Zulkarnain Mohd Yasin berkata IRC 2026 menjadi platform memperkukuh peranan Malaysia dalam membentuk hala tuju kawal selia digital di peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR,17 Julai – Penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 dijangka menjadi platform penting bagi memperkukuh peranan Malaysia dalam membentuk hala tuju kawal selia digital di peringkat antarabangsa.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Persidangan ini bukan sekadar membawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa,malah menjadi sebahagian daripada proses membentuk keyakinan bahawa kebertanggungjawaban penting bagi memastikan ekosistem dan teknologi yang dibangunkan mempunyai unsur kebertanggungjawaban daripada semua pihak,” katanya.
Persidangan itu turut menghimpunkan pakar dalam bidang teknologi,kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak,termasuk wakil organisasi antarabangsa.
IRC 2026 akan berlangsung pada 21 hingga 22 Julai di Kuala Lumpur dengan tema “Shaping the Next Digital Era: Regulation,Resilience and Trust” sebagai kesinambungan kepada penganjurannya sejak 2024.